Pages

Monday, December 17, 2012

Tolong sedarkan diriku....

Bismillahirrohmannirrohim...

Aku pernah alpa
Aku pernah lupa
Aku pernah terlena
Dibuai cahaya indah
Situku jadi megah
Tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga
Ku dalam leka

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Suram mengambil tempat
Tersurat sudah tersirat
Yang ringan menjadi berat
Tamparan begitu hebat
Sekarang baru ku sedar
Setelah menempuh sukar
Ku mula berfikir setiap saat

Chorus
Tolong sedarkan diriku
Dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu
Dan tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Harum indah seperti syurgaMu


Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang ku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar
Setiap daya akan ku pusatkan untuk
Untuk mencuba

Cuba mencari cahaya itu kembali
Biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti

Ku harungi dengan cekal
Pengalaman jadi bekal

Ulang Chorus
Oh engkau yang menentukan
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu

Ulang Chorus

 Saban hari ni la yg aku rase..
Aku rase da bnyk buat dosa..
Aku semakin menyimpang dr Islam...

"Aku pernah alpa
Aku pernah lupa
Aku pernah terlena
Dibuai cahaya indah
Situku jadi megah"


Ye..aku lupe...aku alpa..dan aku terlena...aku seringkali terbuai oleh hal ehwal dunia..
Membuatkan aku semakin menjauhi cahaya...
Masih terbuka keh pintu taubat buatku??


"Tolong sedarkan diriku
Dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu
Dan tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Harum indah seperti syurgaMu"


Ye..tolong ingatkan aku...Aku takut aku akan jumpa suatu waktu dan waktu tu x kenal sape..
Aku takut aku akan mati sblm sempt aku bertaubat..
Ya Allah...HambaMu ini telah bnyk menyimpang dr jalanMu..
Kau maafkan la Aku...

" Aku bimbang jumpa suatu waktu Dan tak kenal siapa"

Tolong sedarkan diriku....
Tolong sedarkan diriku...

"Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang ku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar
Setiap daya akan ku pusatkan untuk
Untuk mencuba

Cuba mencari cahaya itu kembali
Biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti

Ku harungi dengan cekal
Pengalaman jadi bekal"


Aku akan cuba tuk cari balik cahaya tu..
Aku tahu susah...aku tahu ianya sukar..
Hati aku barangkali da penuh dgn titik hitam dek dosa2 yg aku pernah buat..
Bolehkah hatiku itu putih kembali??

Tolong sedarkan diriku...

Firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
 Dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
 Tolong sedarkan diriku..dan tolong aku untuk menemui cahaya itu...

 




 

Thursday, November 29, 2012

Tersentak.....

Bismillahhirrohmannirrohim...

Pagi2 je aku da tgk kelendar..
Baru pasan ade klnder 2013..
Check2 bulan 5..
Hari keramat bakal menjelma beberapa bulan lg..
Takut wei...

Pg ni mak aku da bg lecture kat aku..
Aku ceritakan kenapa aku suka berjalan bila cuti hjng tahun ni...
Ckgu2 yg jauh2 sume da balik kg..
Maklumlah kg die org jauh,
Kg ku kat Gemas je,
So x ke mana pun..
Ckgu2 yg jauh2 ni biasenye akan terlps lah pi kursus ke,meeting ke mase cuti ni..
Mangsenye...
Ckgu2 yg duk dekat dgn sek ni la..
Da adat la tu..
Yg selalu jd mangse aku jg la..

Mak aku relax je dgr ape yg aku ckp,
Last2 die ckp mcm ni..
" angah buat je lah ngah kerana Allah..."
Terkesima wei..berdarah..

Ayat itu yg menyedarkan aku..
Barang kali aku ni da terlupa,
Keje yg aku lakukan ni merupakan satu ibadah...
Ye..ibadah yg perlu aku lakukan walau pun keje itu barang kali bukan sepatutnya aku yg buat..
Ikhlas kerana Allah Hajar..

Ngee..mak kalau kasi lecture berdarah telinga dgrnye..
Apa pun selagi aku ni blh buat keje aku buat...
Insyaallah...

Damn...Broken Month...

Bissmillahhirrohmannirrohim

1. D/P Gasket RM 4.80
2. Oil filter      RM 13.00
3. Plug, Spark RM 30.30
4. Engine oil    RM 69.00
5. Service Trotle Body RM 35.00
6. Gasket, Cylinder Head Cover RM 52.30
7. Cover S/A, Cylinder Head (D630) RM 169.00
8. Battery water RM 2.70
9. Standard service RM 30.00
 TOTAL RM404.80

Bulan ni aku kopak...kopak..kopak...
Buah hati kesayanganku mengalami kesakitan di bahagian depannya..
Patutla sejak beberapa hari ni aku bawa buah hati ku itu, rase da x best..
Adik aku siap ckp, bunyi buah hati ku mcm bunyi kete enjin diesel...
Betul pun, bunyi enjin buah hatiku da kasar..
Bawa pun da x best..

Pagi2 aku da bawa die ke perodua kat Bahau..
Sampai2, aku ceritakan kat mekanik sane..
Mekanik tu buka bahagian enjin..
Mekanik tu tunjukkan mana yg bermasalah...
Gasket leaking, enjin gegar, moulting kene tukar da...
Allah Huakhbar...
Terkezut aku mendengarnya...
Begitu banyak kesakitan yg buah hati aku tanggung....
Aku sndiri x pasti mcm mane buah hati ku tu blh jd mcm tu..
Aku x bawa ganas2 pun..
Aku pemandu berhemah...
Mekanik tu cuma buat yg d atas tu..
Aku tukar moulting bln dpn..
Hbs bonus aku..
Mcm mane aku nak kumpulkan duet nak kawen ni...huhuhu..
Aku ceritakan gak masalah aku bila selekoh..
Mekanik tu check, dia kate absorber da kene tukar da..
Tu bln depan gak..
Mane la aku nak cari duet tukar moulting..
Akunye buah hati tu da lah spare part die mahal sbb  da x de keluaran die lagi da...
X pe bg aku, biar la mahal asalkan dia tahan dan boleh di gunakan tuk wktu yg lama..
Kwn aku ade ckp convert la buah hati aku tu..
Tp mcm syg je nak convert..
Aku tahu brg2 spare die mahal..
Tapi aku syg buah hatiku tu..

Kusut kepala dan jiwa ragaku...
Makin aku nak dkt kawen, makin bnyk lak dugaan dia..
Aku rasa aku nak beli galaxy tab tu pun kene lpskan dulu...
Makin nak dekat kawen, rase berbelah bagi lak..
Betul ke ape aku rasa..
Betul ke keputusan aku..
Aku rasa entah lah..
Sedih pun ade..Ti susah la aku nak join outdoor tu..
Si dia ade kate,blh je ikut tp bile da ade anak fhm2 la..
Bile anak aku da besar, aku bawa je..



naseb baekla da ade teknologi col internet ni..
Blh aku taburkan sume masalah aku kat sini..
Lagi pun x de org nak bace wei..
Aku je sorang yg bace..hehehe..

Life is short, so we must do whatever to make it a good life..
Till then...bye..

Tuesday, November 27, 2012

sekadar luahan..

Bissmillahhirrohmannirrohim..

Rasanya da masuk minggu yg ke 4, aku jaga pekse..
Sebagai kepala aka nakhoda kapal kat sek agama ni...
Rasenya aku da jalankan yg terbaik kot..
Best jage kat sini..
Calon pun tak ramai, 15 org je...ari ni jage 3 org calon..kesin tgk depa...
Tak reti guna jurnal dan lejar...
Ape cikgu dia tak ajar ke..

Hari ni aku rasa mcm tak sedap hati sgt.,..
Mcm2 aku fikirkan..
Aku fikir psl kwn aku yg sorang tu..
Batuk2 dah 2 minggu,
Tak hilang2...
Aku doakn dia cepat sembuh..
Banyak dah dugaan dia uruskan tempat tu...
Dari tempat tu kosong hingga tempat tu banyak org dtg...
Biasala mulut org kwnku..
Banyakkan bersabar ye..
Aku x tau nak tolong mcm mane..
Aku doakan kejayaan kwnku dr jauh je la..tu yg aku termampu..

Aku sedikit sedih sebenarnya..akunye charger camera aku hilang,
Aku pi la cari kat kedai kamera ni...dia kasilah charger yg blh charge bateri camera tu..
Aku balik rumah test2, rupa2nya x blh gune...
Melayang duit aku RM70..bukannya sikit oiii..
Dan aku rase tertipu sgt2...
Atau aku yg bodoh????
Senang sgt kene tipu..

Ari Isnin mase tu..Baby aku da calar bdnnya...
Aduh sakit hati beb tgk akunye buah hati tu mcm tu..
Sori buah hatiku...ti aku catkan yg baru..Biar aku servey
Aku ceritakn pd si dia..dia ckp,ntah ape2 aku bawa buah hatiku...

Aku ni pun bukanlah sempurna sgt pun..
Banyak buruk drpd baik...Aku ni Jahat sebenarnye..
Mungkin ade hikmahnya Allah temukan aku dgn Si Dia tu..
Kalau aku ade masalah atau ade ape yg hendak dicerita, selalunya aku tanggung sorang2..
Lagi pun aku ni bukannya ade member2 nak bercerita dan aku jugak bukanlah sorang yg selalu ade cerita....

Aku da biasa hidup mcm ni..sume keje settlekan sendiri..semua masalah tanggung sendiri..
Tak perlulah aku susahkan org lain,
Belum tentu org tu akan tolong kite bile kite perlukan..
Lagi pun aku jenis tak suke susahkan org lain, selagi aku boleh buat, aku buat..
Lebih baik aku menyenangkan org dan tak buat org lain susah..
Aku ade dunia aku sendiri..jd kalau org tak fhm aku mcm mane...
Aku tak kisah sgt pun..Be yourself is much better than being sombody else..

Agak panjang coretan aku rasenye..
Tak pe la..bukan ade org lain bace pun...Aku sorang je yg bace..
Aku ni da la x de teman tuk membebel..
Jadi ni je tempat tuk aku meluahkan perasaan aku..


Monday, November 19, 2012

Tension Sickness...!!!!!!!!

SPM is on for about a wekk and two days now...
I as always will vigilating the SPM as Leader ....Pheww it has been three years now..
I've been vigilating the SPM..A lots of experience I had..
Looking at the students answering the questions with all their hearts' contents,makes me realise that these students have bright future...these are students of tomorrow..

But..it is quite tiresome and sleepy...
My Timbalan is a good one..she so hardworking and she knows her jobs well..thanz Teha...
Me and Teha will getting married but dont know when so I and her are on the way to collect as much money that we can get..hahaha...(Mata Duitan punya org)...

I think I need to do part time jobs so that I can earn a lots... a lots...a lots ...of money....hahaha...

Yesterday was a stress one...It peoples give me stress...Why I'm the only one who needs to do others people jobs????? Why???? This will become the last I'm doing other jobs...Enough of doing other jobs..I also have my own works to do...

I'm not that good in doing others jobs...I only know how to do my JOBS.....
Yesterday my N9 going nuts.. the screen have all colors in the world..hahaha...
Forgot to mention, my N9 screen already had crack becoz of falling down from desk..
Today my sony phone also falling down from a desk...Sialnye meja...

A week before that, I step on my own spectacle...Buta da, x nampak ape2...on that day I just received money, but its need to be used to by a new one...hampeh betul....same je mcm x dpt duit..hehehe..

 I just feel want to run..to run as fast as I can to the middle of no where.....

I think I had enough of this...

Well it is PBS key in time...today is the last day to key in..but a miracle happens...it is postpone to 30.11.2012,.....good news...
so for teachers out there..please do your work...remember it is for the Students sake...

I think I need to get out from gemas so that I can take my rest well...
It is not fair when teachers who leave near the school to take over other teachers that stay far from school...

So I will learn to make excuses for now on in this holiday...dont forget that I'm working in the holidays..
I have right to feel free n doing nothing during the holidays..hahaha

Well enough for today....Bye..n happy holidays..








Saturday, October 27, 2012

PERGORBANAN......

26.10.2012...

"Allahhuakhbar Allahhuakhbar AllahHuakhbar..."

Berkumandang alunan takbir di kala sambutan Aidiladha yang jatuh pada hari ni...

Teringat juga tarikh ni tarikh pertunangan antara aku dan si dia....
Kebetulan pula..Dah 8 bulan dah..Begitu cepat masa berjalan..

Teringat waktu aku kecil-kecil dulu, di kala arwah atuk masih ada.
Waktu hari raya korban ini lah, aku dan sedare-sedare yang lain tidak sabar menunggu melihat lembu-lembu di korbankan..

Waktu kecil dulu, tak faham ape itu pergorbanan..Bila meningkat dewasa, dan kini aku akan memasuki alam 30an hanya tinggal beberapa tahun je ni..aku semakin faham dan mengerti apa itu pergorbanan...

Masih ingat lagi sewaktu kita di alam belajar. Dari sekolah rendah hingga universiti,kita sentiasa melakukan pergorbanan..
Kita berjaga sehingga larut malam, sedangkan orang lain sedang lena di buai mimpi, semata- mata mendapatkan keputusan yang cemerlang...Itu pengorbanan...Satu pergorbanan yang membuahkan hasil yang begitu menggembirakan...

Kita di alam kerja..terlampau banyak dan terlalu banyak pergorbanan yang perlu kita lakukan...Masa, tenaga, wang dan banyak lagi hingga tidak terhitung banyaknya..

Berbaloikah pergorbanan yang kita lakukan?
Adakah kita memperoleh semula apa yang telah kita korbankan?
Adakah sia-sia pergorbanan kita?

Jangan lupa...betapa banyak pun pergorbanan yang telah lakukan...hanya Allah yang akan membalasnya..
Terdapat hadiah disebalik masalah...

Salam Aidiladha..

Thursday, September 27, 2012

DOWN UNDER...

Bismillah..

27.9.2012 - I don't feel very well today as I received 2 mistakes well...I don't really know from my side or not...

Erghh..I guest I did the mistakes by mistakes..

I wonder why this year is not a very good year for me...

There were many stuff that I missed out...not done..not finish..not complete...

Where is my motivations nowadays..

I feel I am walking on a long, dark tunnel...

Every where I look, I just seeing darkness surrounded me...

Feeling afraid to take steps...

My legs feel heavy as the time moving very fast leaving me behind...

No one around to support and motivate me....

But...

There is always light at the end of the tunnel...

I believe that....

One day I will come to the light...

:-)

Monday, September 17, 2012

Merdekakah kita?

MERDEKAH KITA

Merdekah kita?
Kiranya sesama sendiri bertelagah,
Kiranya sesama sendiri saling menunding jari,
Kiranya sesama sendiri mencari keaiban sendiri,
Sehinggakan kita lupa,
Bangsa lain bersorak gembira,
Menanti masing-masing rebah menyembah bumi...

Merdekakah kita?
Sekiranya budaya sendiri menangis minta diwarisi,
Budaya sendiri mengemis di bumi sendiri,
Budaya sendiri dipandang sepi,
Akibat mengagong-agongkan Budaya luar,
Yang kononnya lebih baik daripada budaya sendiri..

Merdekakah kita?
Kiranya anak-anak kita kita kini,
Tidak lagi kenal erti menghormati,
Tidak lagi kenal apa itu budi,
Hilang Agama dalam diri,
Hilang sudah jati diri.
Hilang maruah diri...

Mungkin kita lupa?
Kini tiada lagi senjata,
Kini tiada lagi bedilan meriam,
Penjajahan telah berubah rupa,
Menggunakan maklumat di hujung jari,
Untuk menjajah minda, jiwa dan hati,
Sehinggakan kita tidak sedari,
Yang kita belum lagi merdeka,
Sehingga kini....



Thursday, September 6, 2012

Coretan di kala senja...

Bismillah...

6/9/2012...6.56 ptg...

Duduk petang - petang macam ni, kat tepi tingkap dalam bilik aku, buatkan aku banyak berfikir...
Entah ape yang difikirkan pun aku sendiri kurang pasti...

Mungkin aku risau...PMR tinggal 33 hari je lagi. Anak murid aku nampak macam tak risau je. Bukan main relax lagi. Kasi latihan pun jawab sambil lewa. Aku risau kalau result jatuh. Tahun depan kena menjawab dengan pihak atasan. Ape lagi usaha yang boleh aku buat dalam masa 33 hari lagi ni?

Semalam, budak kelas aku accident. kakinye retak. Bertambah risau lagi sebab budak tu ade potensi dapat keputusan yang bagus. Sekolah ni, macam satu tradisi, budak - budak die akan accident sebelum exam. Macam sumpahan lak. Tahun 2010, kalau tak salah aku, budak PMR sorang meninggal (moga rohnya tenang di sana).

Aku da kene prepare tuk PMR ni.Sediakan apa yang patut. Maklum la, ade yang kata kerja cikgu ni "senang". Balik cepat, hujung tahun cuti tapi gaji masuk, boleh FB sana, FB sini, jual sana, jual sini.
Aku kurang faham kenapa presepsi orang macam ni. Setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan dia. Sudah menjadi kebiasaan, orang akan melihat yang senang saje, tak mahu lihat yang bahagian susah.

Salah ke kalau guru berFB di waktu senggangnye, sesibuk doktor pun akan berFB.

Salah ke cikgu nak menambah pendapatannya? kalau pekerjaan lain boleh buat side income, waima engineer yang gaji besar pun nak buat side income pun, tak salah, kalau die nak la, mengapa bila cikgu buat side income menjadi kesalahan yang paling besar sekali?

Tahu kah anda sume di luar sana, cikgu juga menyiapkan kerjanya di rumah pada waktu malam.Tatkala, orang lain sedang berehat-rehat, bersantai-santai dengan keluarga sambil menonton TV. Cikgu memasukan markah dalam SAPS dan juga SPPBS yang sistemnye sering saje lambat macam kura-kura sampai lewat malam, malahan ade yang terpaksa bangun di awal pagi untuk memasukan markah.

Tahukah anda sume di luar sana, bahawa sistem pendidikan kini dan dulu tidak same. Murid dulu tidak same dengan murid sekarang. Sekarang SPPBS bagi Tingkatan 1. Guru kene menanda dari sekolah sehingga bawa di rumah. Membuat pemulihan bagi mereka yang tidak melepasi band yang dikehendaki. Kemudian, memasukkan markah dalam SPPBS secara online.

Tahukah anda sume, walau pun hujung tahun cuti, masih ade cikgu yang bekerja apabila dikehendaki oleh pengetua. Siapa yang jaga SPM yang jatuhnye dalam waktu cuti?

Da panjang menjela lak komplen aku.

Jangan cakap pasal ikhlas ke tak ikhlas cikgu itu sebab ikhlas itu Allah yang tahu sebanyak mana keikhlasan sorang guru dalam mendidik anak bangsanye.

 Kalau nak tahu profession perguruan itu macam mana, silalah terjun ke dalam bidang ini dan anda akan merasa "kesenangan" yang anda cakapkan itu.

Jangan pandang pada satu sudut sahaja. Cikgu tak akan bersuara dan mengatakan apa kerja yang telah dilakukan olehnya, nanti tak ikhlas lak kan. Bagilah kebebasan pada cikgu untuk melaksanakan tugas yang dipikul samping mengajar. Susah tau nak mendidik orang, mengajar senang.

Hati tak tenang ketika ini. Ni mesti ade bende yang aku risau ni.

Selamat pengantin baru Kak Raf. Moga kekal hingga ke anak cucu.

Rasa macam nak anak pun ade bile tengok kawan- kawan menunjuk anak-anak masing-masing. Giliran aku bile lah agaknye. Da ramai tanye bile kenduri aku. Bila da sampai masenye akan ade la kendurinye. Tu kene tanya "si dia" yang da lama menyepi.  Mungkin aku ni sakit kot.

Adoii..lagi satu hphone kesayangan aku, skrinnye da retak. Sorri phone tak jage dengan baik. Da macam retak menanti belah je phone ni. "Si dia" da warning awal - awal jangan beli phone yang baru.

Sampai sini dulu kot, coretan kala senja ni. Sekadar melepaskan ape yang terbuku di dada dan terfikir di minda...

Izin undur diri..

Andai ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam hati,
Andai ada silap dan salah,
Jangan di simpa di dalam hati.














Tuesday, August 28, 2012

Memories..last episode...PBS...KERJA KURSUS...

Bismillahhirrohmannirohim.

Rasanye ramai yang bertanya kenape aku tulis secara berepisod..jawapan aku..saja..kalau tulis panjang2 karang..malas lak anda untuk membacanya..aku pun bukannya rajin nak tulis dengan ayat2 aku yang tunggang langgang dan tidak berpuitis itu.

Memori ini berlaku daripada bulan 7 dan 8....Memang akan aku ingat la...sape yang tak ingat kalau die yang mengalami keadaan yang macam aku..

Bulan 7...biasalah..bulan percubaan PMR...biasanya, pihak yang ke 2 atas tu (tak boleh sebut,nanti kene black list, pandai2 la anda sume teka sape orangnye) akan minta list bilangan calon PMR untuk setiap subjek awal tahun...tunggu punya tunggu...tak de surat tu...emmm...bila PMR nak dimansuhkan,kerja mereka pun macam sambil lewa...

Macam tahun lepas, Trial PMR ni kene bayar..oleh sebab tahun ni yuran dimansuhkan..jadi kene la minta daripada pelajar..PIBG pun tak de sumber kewangan sebab belum boleh kutip lagi..ade lah masalah dengan duit...itu pun surat untuk pencetakan tuk sampai begitu lewat....bulan 7...bulan pose lak tu..

Da kutip duit, dapat lak surat pihak atas sekolah pi ambil cd dan sekolah cetak sendiri kertas soalan trial...Ya Allah...kenapa boleh jadi macam ni...dulu kata lain,sekarang kate lain....aku bincang dengan pihak tertinggi sekolah..dia kate pulangkan balik duit tu kepada pelajar...jadi aku pun kate kat guru kelas tingkatan 3,pulangkan balik...die orang pun pulangkan..

Nak jadikan cerita, pihak atasan tu lepas balik daripada meeting tu, kata lak guna duit yang kutip tu untuk riso kat sekolah...apa lagi...merungut lah guru kelas ni..sebab nak kutip balik daripada budak..ni perkara yang amat sukar dan hampir mustahil tuk dilakukan...bila cerita yang betul2 pada bendahari PIBG, aku dapat simpulan bahawa, dalam hal ini..aku yang dipersalahkan rasanya..sedangkan yang mengeluarkan arahan itu orang atasan sekolah...very frustrated...aku tabahkan hati...da asam garam kat sekolah ni..masing2 akan melepaskan tangan masing2...

Selasai hal tu. Waktu nak trial, sebulan sebelum tu, aku orang paling sibuk kot...dengan mengruruskan riso kertas soalan lagi..menguruskan susunan meja tuk budak ni lagi..oh ya..lupa nak gtau..tahun ni pelajar Form 3, da ramai, so..tahun ni ada 2 pusat..itu pun da ada guru mengadu kenapa buat kat blok ni la, bukan kat blok lain la...Aku malas nak menjawab sebab die orang bukannya tahu apa2 pun pasal exam..kalau banyak kelas yang digunakan, lagi banyak pengawas die nak..lagi satu..kalau guna kelas..mana nak campakkan budak2 form lain tu...jangan lupa, sekolah tu mana ade kelas lagi da..

Kerja yang paling banyak gunakan masa aku, mengstaple kertas soalan...da la kertas soalan tu banyak..habis sume su exam dikerah tenaganya tuk mengstaple kertas tu...2 minggu buat OT..da la kami OT x de gaji lebih...sapa kata kerja kami senang...tapi yang bestnya dapat duduk dalam bilik pengetua..ada aircond...

Selesai kerja tu..ade lagi satu kerja yang mengambil masa aku...start 1.8.2012 sampai la ke hari rabu sebelum cuti...menghabiskan masa duduk sorang2 kat dalam bilik guru..lepas waktu sekolah..balik pukul 5 lebih..mengkey-in markah kerja kursus PMR...sape SUP PMR, tahu...sistem tuk masukan markah tu macam mana..

Lembab..kalau berlumba dengan siput pun..siput yang menang...nasib baik la bulan pose..kalau tak da berkoyan2 air aku minum..kalau masak, adelah 2,3 jenis lauk yang bolah masak...sabar saja lah...
tapi sume tu da siap...cuma rasa macam tak suka buat kerja dalam suasana macam tu...bila hari last sekolah sblm raya..yang lain..sibuk mengucapkan selamat hari raya..aku duduk lagi siapkan kerja..
sungguh raya tahun ni,aku tak de fikir sangat...

Sungguh tak puas hati, bila kerja yang sepatutnya disiapkan oleh orang lain (pihak ke2 atas) tidak membuat kerja nya...kertas soalan trial tu sepatutnya bukan sekolah yang cetak..akta kerahsiaan..bila soalan bocor..pihak sekolah yang kena gak..yang akan dipersalahkan gak akhirnya..su2 exam terutama SUP PMR..
Jangan jadikan alasan PMR akan dimansuhkan tahun depan, mereka2 buat macam acuh tak acuh je...kesian budak2 ni...

Itulah..memories yang aku tak nak ingat sangat...tak seronok...tahun ni rasanya KPI kerja aku sedikit merudum..sebab aku kene berurusan dengan pihak lain...bila aku siapkan kerja alih2 kerja tu kene buat lagi sekali disebabkan mereka..jadi, aku ambil pendekatan buat, lambat tapi asalkan siap...

Harap tahun depan, tak de lah jadi macam tahun ni...
Tak terlambat lagi, aku nak mengucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin...tak kisah lah,blog aku ni tak de orang yang baca..sebab..aku suka membebel..tapi kurang kawan nak dengar..jadi, ni la medium aku melepaskan perasaan aku.."si dia" pun da fed up dengar aku membebel...jadi "si dia" menyeyapkan diri..

Ape yang aku tulis ni..sepatutnye aku tak boleh tulis..so...tak de kena mengena dengan sesiapa pun...

Salam...buat kerja dengan ikhlas...hanya Allah saja yang akan membalas segala perbuatan kita...
Moga aku mengambil iktibar daripada apa yang terjadi..

By the way..aku kini mengajar Chemistry Form4 and Form5..sorry my 2 Berlian and 2 Delima...I'm not your PJK teacher anymore...
I love Chemistry..




Sunday, August 26, 2012

Memories Part 2

Bismillahhirrohmannirrohim...

Sambungan daripada part 1...

Hidup aku berjalan seperti biasa...da jadi rutin setiap hari Isnin hingga Jumaat..pergi sekolah pagi..balik petang..da ikut office hour da..
Emm..Bulan 4 dan bulan 5 antara yang paling sibuk...budak nak exam pertengahan tahun..
Tapi aku da bercita-cita nak bawa budak SJAM ni camping...so aku membusykan diri tu merancang perkhemahan ni...

Aku pun tak tau mane datangnye kerja gila ni..da aku yang beri cadangan,so aku kene buat la..
Kesian tengok bebudak SJAM ni tak pernah camping...tak pernah tahu asas pertolongan cemas..
da tanggungjawab aku kene ajar die orang,ajar lah sehabis baik aku...

Rupe-rupenye susah gak nak kendalikan perkhemahan..dengan kewangan SJAM yang tak de ni..ciput...zero..
Terpakse la bebudak ni bayar sikit tuk tampung kos perbelanjaan..yang penting die orang dapat ilmu tu..
Lagi-lagi, aku seorang yang handle, aku yang buat kertas kerja, aku yang cari tempat, aku yang handle makan minum..senang cerita aku yang buat sume...guru SJAM yang lain...tolong gak lah..walau pun tak banyak..makan hati gak...penat bile buat kerja sorang2 ni..

Rancang cuti sekolah bulan 5, 25.5- 28.5.2012..tak jadi gak sebab the most important thing yang sepatutnya aku da buat awal2 aku terlupa..borang kebenaran lawatan...aku tak hantar..terpaksa la tunda...puas gak aku pujuk orang PPD and JPNS supaye benarkan ..tak boleh gak...KECEWA....

Nasib baik, budak ni terima dengan seadaanya alasan aku...sorry guys...my mistake..

16-18.6.2012-  Ni la time dieorg pi camping..budak2 ni seronok..mane tidaknye..sebelum tidur,aku dengan cikgu yang lain kasi die orang masak ape yang die orang nak masak. Sampai kene suruh berhenti baru nak berhenti...aktiviti tak de la pack sangat..belah petang,die orang pi mandi kat air terjun sane..mandi air gunung..
hari last pi bawak ke air terjun lampung jatuh...aku tumpang gembira bila tengok die orang seronok macam tu...

 Ni tempat khemah kami...



 Pasang tempat tidur kami..



 Waktu makan..yummy...
 Aktiviti2 kami...









Ni la gambar2 yang sempat aku upload..Hope next year ade camping jugak.,,,,tapi bukan aku yang handle..cikgu lain lak...
Berkhidmat Untuk Masyarakat...

Saturday, August 25, 2012

Memories Part 1...

Bismillahhirrohmannirrohim.. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Rasanya,sudah lama aku tak tulis ape2 kat blog ni..Sorry blog..I have so many works these days..
Well to get started, this is my most important memories that I would like to share...it is continuation from my previous post..if you still remember...
Kenangan aku yang terpenting..aku dan "si dia", me and him..
"si dia" not handsome...tak kacak...
"si dia" tak de duit banyak...tapi berusaha nak kumpul duit..
"si dia" tak suka sms dan call aku...jemu katanya..so..aku ni secara realitinya masih lagi berseorangan walaupun da berdua...I HATE IT...bukannya aku nak dia sms aku 24 jam..
"si dia" akan sms aku bila da seminggu atau lebih...tu pun kalau dia ingat kat aku la...
"si dia" tak kan pujuk aku kalau aku merajuk atau marah
"si dia" perutnye buncit (mak "si dia" kate macam ikan buntal) hahaha
"si dia" suke merancang..haraplah dia buat ape yang die dirancang tu..

ni pun salah satu rancangan die..die yang mule-mule mengutarakan hasrat tuk pinang aku..aku kate kat die jumpa dengan mak ayah..Alhamdullillah..sumenye bersetuju..Mula rancang nak tunang 3.3.2012..tu pun tarikh yang "si dia" pilih..tapi tak jadi sebab anak jiran lak dah ambil dulu tarikh ni..adusss...melepas tarikh yang cantik dan senang nak ingat ni...

26.2.2012 - The day that I belong to someone...Hari pertunangan aku dengan "si dia"....

Seminggu atau dua minggu sebelum aku tunang..aku masih sempat pi jalan-jalan kat Tasik Chini dengan member2 aku, ade program dengan bebudak UITM..sumpah waktu ni,aku tak terfikir pun nak buat persediaan tuk tunang..kalau orang lain, tentu da sibuk..tapi bukan aku..Bagi aku biar majlis tu simple je..
Member2 aku langsung tak tahu aku akan bertunang..aku senyapkan saje..

Seingat aku, ape yang aku dengan "si dia" rancang,tak berjalan seperti dirancang.
Hantaran yang sepatutnye 3 dengan 5 boleh jadi 5 dengan 7, ini sume "si dia" nye hal...
Lagi memeningkan kepala bile mak "si dia" salah beli cincin risik.Itupun aku tanya "si dia" tentang cincin tu, aku da koba kan pada "si dia" cincin risik cincin kosong bukannye ade batu yang timbul..aleh2 "si dia" beli yang batu timbul..Mak dan ayah senyap je, tak tau nak kate ape..
Malam tu aku tidur dengan pelbagai rasa..macam nak lari je dari sume ni...

26.2.2012- hari yang di tunggu dengan berdebarnya...
"si dia" datang dalam tengahhari...terkejut die bile die tengok ramainye orang yang datang..maklumla keluarga aku besar..family belah ayah dengan mak je dah buat teratak kecil ni penuh...
Aku tak ambil mak andam pun..aku x make up pun..ade jiran yang tolong make up kan.aku bukannya suke make up pun.."si dia" pun kate tak ya make up..
Akhirnye, hari tu aku jadi tunangan "si dia"..mungkin da jodoh aku dengan "si dia" walau pun dia tak sempurna mana..oh lupe "si dia" da hilang satu gigi...
 "Si dia" suke lauk daging salai masak cili api tu...tapi yang sedihnye..tak de satu gambar pun antara aku dengan "si dia" gara-gara gune cameraman yang tak bertauliah...

Da 6 bulan aku jadi tunangan "si dia"..tak de yang berubah sangat pun..."si dia" masih lagi dengan perangai tak suke sms tu..sampai cikgu kat sekolah tanya bile masa aku ade boyfriend..aku senyum je..sebab aku dengan "si dia" aku rasa lebih kepada kawan daripada boyfriend..

Mungkin ade sedikit kepelikan dalam hubungan kami..da setahun kami kenal...
"si dia" adalah "si dia"...tak perlu aku mengubah dirinya..cuma aku harap dia kotakan apa yang dia janji kat aku....

Member2 aku ...masih lagi tak tahu aku da bertunang selepas tarikh tu...ade lah yang dapat hidu ...akhirnye dapat gak tahu...

"si dia' tak de kat semenanjung ni...entah bile lah "si dia" nak balik...nampak gayanye bile nak kawin baru dapat jumpe "si dia"..
Betul tak ape yang aku cakap..aku masih lagi bersendirian...


 





Wednesday, January 25, 2012

Best Giler!!!!

22/1/2-12- 24/1/2012.....Khemah kat Lampong Jatuh..

Best n seronok...
dah lame tak khemah macam ni...selalu bawa student je khemah.
kali ni aku lak yang pi khemah..
Destinasi kali ni Lampong Jatuh,Gunung Ledang...
Kali ni tolong geng Burn bawa budak Batu Pahat..10 orang tak le ramai, tak pe senang nak jaga..

22/1- aku gerak pi Asahan, sampai sane dapat lagi kawan baru..Lili...
Jadilah...ade gak kawan aku. Memandangkan si Pow, tak dapat datang sebab Tahun Baru Cina...
Hari ni bebudak tu buat semua aktiviti Flyingfox, Repelling dan High rope...petang jugak la habis..
Surau jadi mangsa aku dan Lili mandi dan beristirehat..lepas bersihkan badan,kami menghabiskan masa dengan berborak..best ape borak-borak..
Sampai je tapak khemah, si Batman tengah masak..masak sup katenye..sedang khusyuk Batman masak, kuali terbalik...nasib baik sempat angkat...adelah beberape ketul ayam yang terbang keluar...
Hampeh betul...siap masukan balik ayam yang keluar tu dalam kuali....makan ayam pasir aku malam tu...
Malam tu, bebudak ni Jungle trekking..da lame aku tak ikut...kelakar bile tengok gelagat bebudak ni...
Semua percaya kisah hantu...hehehe..mane ade ade hantu..khayalan semata-mata...
dalam hutan...bebudak ni lebih takutkan pacat...masing-masing tengok kasut..takut pacat gigit dan menyedut darah dengan lahapnye...
Aku dan Lili tak terkecuali..main sedap mulut pacat ni nak menyedut darah....lantak lah ko pacat..
Ko nak sedut..sedut lah..dah kenyang sila blah dari kaki aku..
Semasa trekking,hujan turun dengan sederhana lebat menyebabkan jalan menjadi licin..hehehe..
Paling tak suke bile trekking..kasut penuh dengan tanah..asyik tergelincir je...
Memang full package...pacat dan hujan...
Balik dalam pukul 12 malam...surau tempat kami berteduh dan menghilangkan mengantuk..tapi sejuk!!!!

23/1/2012- Mendaki ke Lampong Jatuh..
Dalam pukul 9, kite orang dah mula mendaki ke Lampong Jatuh...perjalan mendaki tak le lame..sepatutnye dalam sejam je dah sampai. Si Burn lak bawa jalan pusing-pusing...
Samapi Lampong Jatuh dalam tengahari..Bebudak ni terus mendirikan khemah..
Lepas siap dirikan khemah..Burn bawa budak ni pi mandi sebelum aktiviti abselling. Tersangat best bile buat abselling kat air terjun....
Aku dengan Lili masak makanan tengahari..lauk sardin dengan sayur kubis..jadilah..name pun camping.Kalau nak makan sedap baek duduk rumah...
Lepas tu, aku dan lili mandi kat sungai..dalam leka berendam kaki dalam air, kaki kami berdua di gigit oleh sesuatu..ingatkan ikan rupe-rupenye udang...
Pengalaman baru..hari tu,kami jadi nelayan udang....seronok dan excited...
Kami tangkap udang guna kan bekas ..tu pun si Wak yang tunjukkan care kalau tak...
Berejam-jam aku dan Lili menangkap udang...hasilnye adelah dalam setengah botol air 100 plus yang kecik tu...
Ape jadi dengan udang tu..Batman bakar udang tu..udang segar..
Aku cube gak abselling dekat air terjun tu...best giler..mencabar...nak je naek lagi lepas ni...
Malam tu, aku, Lili, Wak, Batman dan Firdaus, teruskan usaha menjadi nelayan udang...
Wak dan daus sampai bersila dalam air...Batman hampir-hampir nak jatuh dalam air...
Udang tu akan jadi jemput-jemput aka cekodok esok pagi...kesian ko udang...sape suruh ko jadi udang kalau tak nak di makan...

23/1/2012 -Turun dari Lampong Jatuh..
Sarapan kami pagi tu, jemput-jemput udang dengan biskut...
Sebelum turun,bebudak ni siap posing kat air terjun tu...kenangan mesti di rakamkan..
Mase turun tak la lame sangat dalam 20 minit je..nak naek lame lak rase...

Alhamdulillah...semua selamat..dan berjalan seperti dirancangkan..
Gambar tak dapat nak upload kat sini...maklumlah orang miskin, tak de kamera..
Kalau nak tengok, pi lah FB aku..ade gambar kawan-kawan aku letak...
Sekian...

Wednesday, January 18, 2012

Kebaikan Rokok Yang Mesti Kita Ambil Tahu

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeriss seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.

Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita.


Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Ajoi mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok:


1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)

Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.


2. Anti Rabies;

Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.

Caranya;

Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…

So…selamatlah kita dari rabies.


3. Anti Rompakan

Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.

Tetiba

Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur.

So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. Hahahaha

Monday, January 16, 2012

Tahun Baru....Azam Pun Kene Baru ?

Assalammualaikum....
Selamat tinggal 2011.....
Selamat datang 2012.....
Sebut tahun baru...semua mesti baru...
Baju baru..kasut baru...beg tangan baru....
Tetapi...
Penting ke semua tu..semua mesti baru...
Kenapa tidak diri yang baru....
Semangat baru...
Azam baru...(walau pun azam tahun lepas je...update sikit azam tu)
Baiki kelemahan..tak banyak pun sikit...
Tingkatkan potensi diri...
Senang cerita...upgrade diri sentiasa..
Tengah listing benda baru tuk tahun ni..
InsyaAllah..moga rezeki tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya..
Ya Allah murahkan lah rezeki kami...amin...