Bismillah..
27.9.2012 - I don't feel very well today as I received 2 mistakes well...I don't really know from my side or not...
Erghh..I guest I did the mistakes by mistakes..
I wonder why this year is not a very good year for me...
There were many stuff that I missed out...not done..not finish..not complete...
Where is my motivations nowadays..
I feel I am walking on a long, dark tunnel...
Every where I look, I just seeing darkness surrounded me...
Feeling afraid to take steps...
My legs feel heavy as the time moving very fast leaving me behind...
No one around to support and motivate me....
But...
There is always light at the end of the tunnel...
I believe that....
One day I will come to the light...
:-)
Thursday, September 27, 2012
Monday, September 17, 2012
Merdekakah kita?
MERDEKAH KITA
Merdekah kita?
Kiranya sesama sendiri bertelagah,
Kiranya sesama sendiri saling menunding jari,
Kiranya sesama sendiri mencari keaiban sendiri,
Sehinggakan kita lupa,
Bangsa lain bersorak gembira,
Menanti masing-masing rebah menyembah bumi...
Merdekakah kita?
Sekiranya budaya sendiri menangis minta diwarisi,
Budaya sendiri mengemis di bumi sendiri,
Budaya sendiri dipandang sepi,
Akibat mengagong-agongkan Budaya luar,
Yang kononnya lebih baik daripada budaya sendiri..
Merdekakah kita?
Kiranya anak-anak kita kita kini,
Tidak lagi kenal erti menghormati,
Tidak lagi kenal apa itu budi,
Hilang Agama dalam diri,
Hilang sudah jati diri.
Hilang maruah diri...
Mungkin kita lupa?
Kini tiada lagi senjata,
Kini tiada lagi bedilan meriam,
Penjajahan telah berubah rupa,
Menggunakan maklumat di hujung jari,
Untuk menjajah minda, jiwa dan hati,
Sehinggakan kita tidak sedari,
Yang kita belum lagi merdeka,
Sehingga kini....
Thursday, September 6, 2012
Coretan di kala senja...
Bismillah...
6/9/2012...6.56 ptg...
Duduk petang - petang macam ni, kat tepi tingkap dalam bilik aku, buatkan aku banyak berfikir...
Entah ape yang difikirkan pun aku sendiri kurang pasti...
Mungkin aku risau...PMR tinggal 33 hari je lagi. Anak murid aku nampak macam tak risau je. Bukan main relax lagi. Kasi latihan pun jawab sambil lewa. Aku risau kalau result jatuh. Tahun depan kena menjawab dengan pihak atasan. Ape lagi usaha yang boleh aku buat dalam masa 33 hari lagi ni?
Semalam, budak kelas aku accident. kakinye retak. Bertambah risau lagi sebab budak tu ade potensi dapat keputusan yang bagus. Sekolah ni, macam satu tradisi, budak - budak die akan accident sebelum exam. Macam sumpahan lak. Tahun 2010, kalau tak salah aku, budak PMR sorang meninggal (moga rohnya tenang di sana).
Aku da kene prepare tuk PMR ni.Sediakan apa yang patut. Maklum la, ade yang kata kerja cikgu ni "senang". Balik cepat, hujung tahun cuti tapi gaji masuk, boleh FB sana, FB sini, jual sana, jual sini.
Aku kurang faham kenapa presepsi orang macam ni. Setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan dia. Sudah menjadi kebiasaan, orang akan melihat yang senang saje, tak mahu lihat yang bahagian susah.
Salah ke kalau guru berFB di waktu senggangnye, sesibuk doktor pun akan berFB.
Salah ke cikgu nak menambah pendapatannya? kalau pekerjaan lain boleh buat side income, waima engineer yang gaji besar pun nak buat side income pun, tak salah, kalau die nak la, mengapa bila cikgu buat side income menjadi kesalahan yang paling besar sekali?
Tahu kah anda sume di luar sana, cikgu juga menyiapkan kerjanya di rumah pada waktu malam.Tatkala, orang lain sedang berehat-rehat, bersantai-santai dengan keluarga sambil menonton TV. Cikgu memasukan markah dalam SAPS dan juga SPPBS yang sistemnye sering saje lambat macam kura-kura sampai lewat malam, malahan ade yang terpaksa bangun di awal pagi untuk memasukan markah.
Tahukah anda sume di luar sana, bahawa sistem pendidikan kini dan dulu tidak same. Murid dulu tidak same dengan murid sekarang. Sekarang SPPBS bagi Tingkatan 1. Guru kene menanda dari sekolah sehingga bawa di rumah. Membuat pemulihan bagi mereka yang tidak melepasi band yang dikehendaki. Kemudian, memasukkan markah dalam SPPBS secara online.
Tahukah anda sume, walau pun hujung tahun cuti, masih ade cikgu yang bekerja apabila dikehendaki oleh pengetua. Siapa yang jaga SPM yang jatuhnye dalam waktu cuti?
Da panjang menjela lak komplen aku.
Jangan cakap pasal ikhlas ke tak ikhlas cikgu itu sebab ikhlas itu Allah yang tahu sebanyak mana keikhlasan sorang guru dalam mendidik anak bangsanye.
Kalau nak tahu profession perguruan itu macam mana, silalah terjun ke dalam bidang ini dan anda akan merasa "kesenangan" yang anda cakapkan itu.
Jangan pandang pada satu sudut sahaja. Cikgu tak akan bersuara dan mengatakan apa kerja yang telah dilakukan olehnya, nanti tak ikhlas lak kan. Bagilah kebebasan pada cikgu untuk melaksanakan tugas yang dipikul samping mengajar. Susah tau nak mendidik orang, mengajar senang.
Hati tak tenang ketika ini. Ni mesti ade bende yang aku risau ni.
Selamat pengantin baru Kak Raf. Moga kekal hingga ke anak cucu.
Rasa macam nak anak pun ade bile tengok kawan- kawan menunjuk anak-anak masing-masing. Giliran aku bile lah agaknye. Da ramai tanye bile kenduri aku. Bila da sampai masenye akan ade la kendurinye. Tu kene tanya "si dia" yang da lama menyepi. Mungkin aku ni sakit kot.
Adoii..lagi satu hphone kesayangan aku, skrinnye da retak. Sorri phone tak jage dengan baik. Da macam retak menanti belah je phone ni. "Si dia" da warning awal - awal jangan beli phone yang baru.
Sampai sini dulu kot, coretan kala senja ni. Sekadar melepaskan ape yang terbuku di dada dan terfikir di minda...
Izin undur diri..
Andai ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam hati,
Andai ada silap dan salah,
Jangan di simpa di dalam hati.

Subscribe to:
Posts (Atom)