Pages

Sunday, March 31, 2013

Sudah sediakah aku???

Bismillah...

Tinggal lagi sebulan setengah, status aku akan bertukar...
 Cepat betul masa berlalu...
Lama juga aku tidak meng"update" blog aku..
Sebenarnya ada cerita kenapa aku tak update blog ni...

Dalam keghairahan dan kerancakan aku membuat persiapan untuk perkahwinan aku ni..
Sabah atau lebih tepat lagi Lahad Datu digegarkan dengan pencerobohan..
Ya Allah..Tunangku terlibat dengan operasi Lahad Datu itu..
Tunangku menghantar pesanan ringkas supaya tidak menempah kad kahwin dulu..
Sedih..Ya teramat sedih aku ketika itu...
Luntur terus semangatku untuk membuat persiapan yang selanjutnya..
Tapi syukur Alhamdulillah, emak dan ayahku dengan tenang menerima berita itu...
Emak dan ayah kata, kita buat sahaja persiapan sikit-sikit..mana tahu keadaan menjadi lebih baik kelak...

Waktu itu banyak mengajarku bersabar...
Ya..Sabar itukan separuh daripada iman..
Tunangku selalu mengingatkan aku, ada hikmah disebaliknya...
Penundaan tarikh kahwinku kemungkinan besar akan berlaku...
Mak dan ayahku kata...dah jadi tugas dia, hanya ditunda tarikhnya, bukannya putus ke apa..
Betul kata mereka..

Sesungguhnya...
Apabila kita mempunyai perhubungan dengan askar atau mana-mana kumpulan beruniform yang lain, banyak mengajar kita erti kesabaran, erti pengorbanan dan yang paling aku rasa sekali ialah belajar erti kehilangan dan melepaskan insan yang kita sayang....
Jarang sekali kita belajar untuk melepaskan...seringkali kita belajar setelah perpisahan itu berlaku...

Jangan salah anggap...
Bukan aku mendoakan tunang aku terkorban di medan perang...bukan...
Sungguh aku mengerti ajal maut itu di tangan Allah...
Sekiranya tunangku ditakdirkan akan gugur di sana..
Aku telah bersedia. Tidaklah aku akan sentisa menangisi kerana ketiadaan dia..
Malah aku akan menjadi kuat dan mampu untuk meneruskan kehidupan aku dan bermula semula...

Ya..hidup ini seperti roda...sentiasa berpusing..
Jazakallah tunangku kerana banyak mengajarku..
Jazakallah Ya Allah kerana menemukanku dengan jodohku...
Engkau tahu apa yang terbaik buatku...

Ketakutan itu membuatku lebih dekat kepadaMu...Besar ujianMu buatku...

Dalam menghitung hari untuk menjadi seorang isteri, seringkali timbul di benak pemikiran aku...
Mampukah aku menjadi seorang isteri dan seorang ibu yang baik buat anak-anak aku?
Sediakah aku?
Dengan diri aku yang sekarang yang mash banyak benda yang tidak lagi aku boleh aku buat...
Aku tak pandai masak..(aku mengaku sebab balik je kerja da ade hidangan kat atas meja)
Aku tak pandai buat kuih dan biskut...Aku tak minat...
Aku boleh lah mengemas (sikit-sikit)
Tak banyak yang aku tahu...
Bangun pagi pun lambat...
Bakal mak mertua aku tahu aku cerewet....

Sediakah aku....
Rupa-rupanya bukan senang untuk pegang status isteri..
Kadang-kadang aku rasa macam tak nak kahwin...
Mungkin ini juga dirasai oleh orang lain...

Ya Allah, Ku memohon kepadaMu..
Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengharungi liku-liku alam perkahwinan kelak..
Amiin..